[Foto] Terkini: 803 Terkorban, ICRC Tidak Dapat Membantu Mangsa

khuzaaGAZA, 25 Jul 2014 (MEMO | IMEMC) — Sekurang-kurangnya 13 penduduk Gaza terkorban dan puluhan yang lain tercedera dalam serangan terbaharu tentera Zionis awal pagi ini.

Seorang ibu yang sedang hamil Shaima’ Hussein Abdul-Qader Qanan, 23 tahun, terkorban bersama bayi di dalam kandungannya di Hospital al-Aqsa akibat kecederaan yang dialaminya. Seorang lagi wanita Maram Rajeh Fayyad, 26 tahun, juga menghembuskan nafas terakhir di Hospital al-Aqsa setelah mengalami kecederaan parah dalam serangan ke atas rumahnya. Beberapa ahli keluarga beliau yang lain turut tercedera.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Gaza, tentera Zionis telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas 48 buah keluarga di Gaza, di mana seramai 249 ahli keluarga terbunuh termasuk anak kecil.

Dalam serangan di bandar Khuza’a di Khan Youis, penduduk mendakwa International Committee of the Red Cross (ICRC) telah menyebabkan mereka terperangkap dalam kepungan serangan kereta kebal Zionis. Menurut keterangan, ICRC menyuruh penduyduk meninggalkan rumah mereka yang sedang dikepung oleh kereta kebal dan serangan meriam tentera Zionis. Staf ICRC berjanji menunggu penduduk di jalan masuk utama bandar itu. Namun apabila penduduk tiba di pintu masuk tersebut, kereta kebal Zions mula menembak ke arah mereka, menyebabkan ramai yang terbunuh dan tercedera.

Tentera Zionis juga menghalang ambulan daripada memasuki bandar Khuza’a.

Kementerian turut melaporkan bahawa seramai 803 orang penduduk Gaza dibunuh setakat ini. Serangan Zionis sejak 8 Julai itu juga telah mencederakan lebih 5,200 penduduk Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts