[Foto] Wanita Palestin ditembak mati atas tuduhan cuba melanggar pendatang Yahudi

AL-KHALIL, 24 Jun 2016 (Maan) — Tentera Zionis menembak mati pemandu wanita Palestin, Majd al-Khadour, 18, setelah beliau dituduh cuba melanggar pendatang Yahudi berdekatan laluan masuk utara penempatan haram Kiryat Arba petang semalam.

Kenyataan saksi mengesahkan bahawa kejadian tersebut adalah satu kemalangan jalanraya dan bukan serangan yang terancang, dimana kereta yang dipandu oleh mangsa terlanggar sebuah kereta pendatang Yahudi yang berhenti. Pasangan pendatang Yahudi yang menaiki kenderaan terbabit berhenti untuk mengambil penumpang di luar kawasan penempatan haram. Namun pihak tentera tetap melepaskan tembakan.

Bukti foto menunjukkan kereta yang dipandu mangsa remuk di bahagian hadapannya akibat perlanggaran, di samping beberapa lubang kesan tembakan di cermin hadapan.

Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan bahawa pihak tentera menghalang krew ambulan memberi bantuan rawatan kepada Majd dan membiarkan beliau berdarah sehingga meninggal dunia.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts