[Foto] Zionis Rampas Dan Ratakan Tanah Palestin Di Tulkarem

TULKAREM, 8 Dis 2015 (Maan) — Tentera Zionis merampas dan meratakan seluas 26 dunam (6.4 ekar) tanah kebun penduduk Palestin di perkampungan Izbet Shofa di daerah Tulkarem.

Mereka turut memusnahan sebuah rumah hijau yang besar dan mencabut lebih 200 pohon zaitun di atas tanak milik petani tersebut, Muneer Ismail. Rumah hijau yang digunakan untuk menanam buah tomato itu dianggarkan bernilai lebih 100,000 shekels (RM110,000).

Muneer dan keluarga membuat rayuan supaya tentera Zionis menangguhkan tindakan mereka bagi membenarkan kes dibawa ke mahkamah, tetapi ditolak oleh mereka.

Perkampungan Izbet Shofa didiami oleh sekitar 1,000 penduduk, yang merupakan masyarakat petani. Pihak Zionis merampas tanah mereka atas alasan ianya telah tidak digunakan untuk tujuan pertanian selama lebih 15 tahun.

Pada tahun 2011, tentera Zionis merampas dan meratakan tanah kebun mereka yang terletak di antara kawasan perkamoungan dan sebuah penempatan haram Yahudi, atas alasan yang sama. Penduduk bagaimanapun menjangka rejim Zionis berbuat demikian untuk memindahkan hakmilik kepada pendatang Yahudi yang tinggal di kawasan penempatan berdekatan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts