[Foto] Zionis roboh tiga buah rumah keluarga Palestin di Jabal al-Mukabir

AL-QUDS, 13 Julai 2016 (Silwanic) — Pihak berkuasa penjajah Zionis meroboh tiga buah rumah keluarga Palestin yang sedang dibina di kawasan Jabal al-Mukabir di tenggara al-Quds tanpa mengeluarkan sebarang notis awal.

Rumah milik keluarga Amer Aweisat seluas 100 meter persegi yang dibina sejak sembilan bulan lalu dimusnahkan atas alasan dibina tanpa mendapat kebenaran.

Manakala rumah keluarga Ali Issa Abu Sakran, seluas 120 meter persegi, dan keluarga Hasan Aqil turut dihancurkan atas alasan yang sama. Sebuah kandang haiwan ternakan turut dirobohkan.

Beberapa buah rumah penduduk Palestin dirobohkan oleh pihak rejim tanpa sebarang amaran awal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts