[Foto] Zon menangkap ikan nelayan Gaza diluaskan

GAZA, 5 Apr 2016 (MEMO) — Lebih 3,500 nelayan di Gaza berharapan besar untuk meningkatkan hasil laut mereka apabila pihak rejim Zionis akhirnya bersetuju untuk meluaskan kawasan tangkapan sehingga 9 batu nautikal.

Perjanjian Oslo yang ditandatangani pada tahun 1993 membenarkan nelayan Palestin belayar sehingga 20 batu nautikal dari pantai, namun ianya tidak pernah dilaksanakan sejak 15 tahun dahulu.

Selepas serangan terbaharu mereka ke atas penduduk Gaza pada tahun 2014, rejim Zionis membenarkan nelayan untuk belayar sehingga hanya enam batu nautikal. Sungguhpun begitu, Kesatuan Nelayan Gaza mendakwa tentera laut Zionis sering mengganggu nelayan dengan menembak bot mereka hampir setiap hari.

Pengerusi Kesatuan Nelayan, Nizar Ayyash, menyebut bahawa proses perluasan kawasan menangkap ikan kini sudahpun bermula dan tentera penjajah kini membenarkan nelayan belayar dalam linkkungan radius sembilan batu nautikal dari Wadi Gaza sehingga Rafah.

Namun beberapa kawasan lain di utara Gaza masih tertakluk kepada kawasan seluas enam batu nautikal.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts