Freedom Flotilla 2018 mula belayar ke Gaza

COPENHAGEN, 22 Mei 2018 — Freedom Flotilla 2018 yang melibatkan empat buah kapal telah mula belayar menuju ke Gaza, bagi kempen menghentikan sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis sejak 11 tahun lalu.

Kapal Al-Awda (Kepulangan) telah belayar dari Norway seminggu lalu dan menyertai konvoi tiga buah kapal lain di Copenhagen, Denmark, Ahad lalu. Konvoi tersebut akan singgah di beberapa buah pelabuhan Eropah, termasuk Kiel dan Wilhelshfin di Jerman, sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.

Freedom Flotilla kali ini bermula hanya beberapa minggu selepas tentera penjajah Zionis menyerang peserta perhimpunan Great Return March di sempadan Gaza, yang menuntut hak mereka pulang ke tanah asal Palestin.

(PIC)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts