Freedom Flotilla berlepas menuju ke Gaza

PALERMO, ITALI, 23 Julai 2018 — Freedom Flotilla meneruskan pelayaran ke Gaza apabila berlepas dari pelabuhan hentian terakhirnya di Palermo, Itali, pada hari Ahad.

Pelayaran tersebut berlepas dari pelabuhan Copenhagen di Denmark pada 22hb Mac lalu. Ia singgah di 15 buah pelabuhan Eropah, termasuk kota Malmö dan Utoburi di Sweden.

Seramai 45 orang aktivis menyertai Freedom Flotilla kali ini, dengan menaiki empat buah kapal termasuk kapal utama, al-Awda. Mereka cuba memecah sekatan ke atas Gaza yang berlarutan sejak 12 tahun lalu.

Mereka dijangka tiba di Gaza dalam tempoh 10 hari.

Sepanjang tempoh dari 2008 hingga 2016, sebanyak 31 buah kapal belayar telah ke Gaza untuk mencabar sekatan haram Zionis ke atas dua juta penduduk Gaza.

Pada tahun 2010, seramai 10 orang aktivis meninggal dunia dan lebih 50 yang lain cedera apabila pelayaran mereka diserang oleh tentera laut Zionis di lautan antarabangsa Mediterranean.

(Maan, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts