Gabenor Baitulmaqdis dikenakan tahanan dalam rumah selepas bebas dari penjara

BAITULMAQDIS, 2 Dis 2018 — Mahkamah Pusat Zionis hari ini membebaskan Gabenor Baitulmaqdis, Adnan Gheith, bersama sembilan orang ahli pertubuhan Fatah selepas dikurung dalam penjara selama seminggu.

Mereka dibebaskan dengan syarat-syarat yang sangat ketat, termasuk dilarang memasuki wilayah Tebing Barat selama dua minggu berturut-turut dan juga dikenakan ikat jamin.

Mereka turut dikenakan tahanan dalam rumah selama lima hari.

Adnan ditangkap dari rumahnya di kejiranan Silwan, selatan Masjid al-Aqsa, pada 25 November lalu buat kali kedua dalam tempoh sebulan.

Sembilan ahli Fatah tersebut adalah Alaa Abu al-Hawa, Amer Awwad, Fadi Mahmoud, Hussam Abu Isnineh, Khalil Bashir, Muhammad al-Qaq, Ahmad Mustafa, Iyad Hadra, dan Hatem Mahlus.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts