Gabenor Baitulmaqdis dilarang keluar kawasan, berhubung dengan pimpinan Palestin

KOTA BAITULMAQDIS, 9 Sep 2020 — Rejim Zionis hari ini menghadkan pergerakan Gabenor Kota Baitulmaqdis, Adnan Ghaith, dengan melarang beliau keluar dari kawasan bandarnya di Silwan serta menghalang beliau berhubung dengan 50 orang termasuk Presiden Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh.

Adnan, yang merupakan wakil rasmi Mahmoud Abbas di kota Baitulmaqdis, menyifatkan keputusan tersebut sebagai langkah menghapuskan penduduk Palestin dari kota suci.

Sejak dilantik dua tahun lalu, Adnan telah ditangkap sebanyak 17 kali. Beliau telah mengenakan empat arahan tentera, melarang beliau memasuki wilayah Tebing Barat atau berkomunikasi dengan pemimpin Palestin. Beliau juga dilarang terlibat dalam perhimpunan sosial dan aktiviti bantuan kemanusiaan.

(WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts