AL-KHALIL, 24 Ogos 2016 (PIC) — Gadis Palestin Shifaa al-Atrash, 23, diculik berdekatan Masjid Ibrahimi ketika dalam perjalanan melawat adiknya di Khirbet Kelkes pagi tadi.
Shifaa dituduh membawa sebilah pisau dan merancang untuk menikam askar Zionis. Beliau dibawa ke sebuah pusat tahanan berdekatan penempatan haram Kiryat Arba.