Gadis Palestin diharamkan masuk al-Aqsa sejurus selepas dibebaskan

BAITULMAQDIS, 6 Mei 2018 — Sebuah mahkamah Zionis malam tadi mengharamkan gadis dari Baitulmaqdis, Aya Abu Nab, daripada memasuki tapak suci Masjid al-Aqsa selama sebulan.

Hukuman tersebut dijatuhkan hanya beberapa jam selepas Aya dibebaskan dari pusat tahanan Qishleh di barat Baitulmaqdis, di mana beliau telah disoal-siasat secara menyeluruh oleh pasukan perisik Zionis.

Aya diculik oleh pasukan polis Zionis berdekatan Bab Hitta, salah satu laluan masuk utama ke Masjid al-Aqsa. Beliau diheret ke pusat tahanan Qishleh dalam keadaan bergari.

Sebelum ini, lima orang pekerja Jabatan Wakaf termasuk penjaga Masjid al-Aqsa turut diharamkan memasuki tapak suci umat Islam itu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts