Gadis Palestin dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun

BEIT LAHM, 21 Sep 2016 (PIC) — Mahkamah Zionis semalam menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun ke atas tahanan Amal Taqatqa, 19, atas tuduhan membuat serangan menikam.

Dalam kejadian berdekatan kawasan penempatan haram Gush Etzion bulan Disember lalu, Amal ditembak dengan tiga peluru hidup di bahagian atas badannya dan satu lagi di kakinya. Sejak itu, Amal ditahan di Hospital Hadassah di mana telah melalui beberapa pembedahan.

Amal berhadapan dengan masalah kesihatan dan tidak dapat berjalan kerana tidak diberikan rawatan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts