Gadis Palestin Ditangkap Atas Tuduhan Cuba Menyerang

BAITULMAQDIS, 27 Dis 2017 — Pasukan polis Zionis petang tadi menangkap seorang gadis Palestin di sekatan Qalandia di utara wilayah Baitulmaqdis, atas tuduhan cuba membuat serangan.

Gadis berumur 18 tahun dari perkampungan Qatna itu diangkap ketika cuba melintas sekatan tentera tanpa menghiraukan arahan pegawai-pegawai polis sempadan Zionis.

Beliau diheret ke sebuah balai polis berdekatan, dan kemudiannya dilaporkan mengaku telah cuba membuat serangan. Beliau dipindahkan ke penjara HaSharon.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts