Gadis Palestin ditangkap di Beit Lahm

BEIT LAHM, 13 Apr 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis hari ini menangkap Nuran Balboul, 15, ketika beliau ingin melintas sekatan tentera di Beit Lahm menuju ke al-Quds.

Gadis Palestin itu dituduh membawa pisau di dalam beg sekolahnya. Namun adiknya Muhammad Balboul menafikan tuduhan tersebut, menerangkan bahawa kakaknya ditahan selepas bertengkar dengan seorang askar wanita Zionis di sekatan tersebut.

Ibu saudaranya, Basima Abu Aker, turut ditahan apabila beliau cuba menghalang tangkapan ke atas Nuran, namun dibebaskan kemudiannya.

Nuran merupakan anak perempuan kepada Ahmad Balboul, seorang pemimpin Briged al-Aqsa yang telah dibunuh oleh tentera Zionis pada bulan Mac 2008.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts