Gadis Palestin ditangkap di pos tentera Zionis

JENIN, 26 Julai 2020 — Tentera penjajah Zionis menangkap seorang gadis Palestin berdekatan perkampungan Umm al-Rayhan di daerah Ya’bad, barat daya Jenin, petang semalam.

Rima al-Kilani, 18, yang berasal dari perkampungan Nazlet Zeid ditangkap ketika melintas pos pemeriksaan tentera di Umm al-Rayhan, yang dibina di atas tanah penduduk Nazlet Zeid.

Beliau kemudian dilarikan ke sebuah pusat interogasi di kawasan penempatan haram Ariel. Menurut bapanya, Abdul-Fattah al-Kilani, tentera memutuskan untuk menahan Rima selama empat hari kononnya untuk tujuan interogasi lanjut.

(Palinfo, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts