Gadis Palestin ditembak mati di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 30 Jan 2019 — Polis Zionis pagi tadi menembak mati gadis Palestin Samah Zuhair Mubarak, 16, berdekatan sekatan jalan az-Za’yim di laluan masuk dari kawasan penempatan haram Maale Adumim ke sebelah timur kota Baitulmaqdis.

Kenyataan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menyebut bahawa polis Zionis menghalang pasukan perubatan mendekati mangsa untuk membantu ketika beliau cedera dan dibiarkan berdarah setelah ditembak.

Gadis yang berasal dari Ramallah itu akhirnya berjaya dikejarkan ke hospital, namum tidak dapat diselamatkan.

Polis Zionis mendakwa beliau cuba mengambil senjata dari dalam begnya dan cuba menikam pegawai-pegawai polis. Bagaimanapun, selepas menggeledah beg yang dibawa oleh Samah, polis Zionis tidak menjumpai sebarang senjata kecuali buku-buku dan alat sekolah. Tiada sebarang kecederaan di kalangan polis Zionis.

Polis Zionis kemudian menangkap bapanya dan melarikan beliau ke pusat interogasi al-Maskobiyya.

Kenyataan saksi menyebut polis Zionis mengarahkan Samah membuka niqabnya, yang ketika itu sedang berjalan di laluan khusus untuk kemderaan. Bagaimanapun beliau enggan membukanya, lalu ditembak oleh polis.

Samah baru kembali dari Arab Saudi 10 hari lalu, setelah menunaikan umrah. Beliau berasal dari Nusseirat di Gaza, sebelum berhijrah bersama keluarganya ke kejiranan Umm ash-Sharayet di Ramallah.

(PIC, Maan, IMEMC, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts