GAZA, 9 Apr 2016 (PIC) — Beberapa kawasan di Gaza tidak mendapat bekalan elektrik malam tadi apabila stesen janakuasa tidak dapat beroperasi akibat krisis bekalan minyak.
Kementerian Kewangan Palestin di Ramallah masih bertegas untuk mengenakan “cukai mewah” (blue tax) bagi membawa masuk bekalan minyak ke stesen janakuasa Gaza, tanpa mengambil kira realiti kehidupan yang semakin mencengkam di Gaza.