Gaza berhadapan dengan masalah kronik kekurangan bekalan ubat

GAZA, 3 Jun 2018 — Kemeterian Kesihatan Palestin di Gaza hari ini memaklumkan tentang masalah kronik kekurangan bekalan ubat dan kelengkapan rawatan akibat sekatan berterusan, diburukkan lagi dengan meningkatnya bilangan mangsa serangan tentera Zionis di kawasan sempadan.

Pihak kementerian membina kemah di kawasan kem-kem tempat perhimpunan Great Return March (GRM) bagi mengurangkan bilangan mangsa yang dimasukkan ke hospital. Lebih 13,000 orang cedera sejak bermulanya kempen GRM. Seramai 7,000 daripada mereka telah dimasukkan ke hospital manakala selebihnya dirawat di lapangan.

Kebanyakan mangsa mengalami kecederan di bahagian atas badan, di mana tentera Zionis menggunakan peluru yang boleh memusnahkan tulang dan tisu badan mangsa.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts