Gaza catat 110 kes baharu Covid-19

GAZA, 14 Oktober 2020 — Kementerian Kesihatan Paletin di Gaza hari ini mengumumkan 110 kes baharu jangkitan Covid-19, selepas menjalankan ujian ke atas 1,695 sampel sepanjang tempoh 24 jam lalu.

Jumlah keseluruhan positif Covid-19 di Gaza kini mencecah 4,285 kes, di mana seramai 2,522 pesakit telah sembuh dan 26 yang lain meninggal dunia.

Peningkatan jangkitan Covid-19 menambah penderitaan penduduk Gaza yang dikepung oleh rejim Zionis dan Mesir sejak 14 tahun lalu. Sekatan tersebut menyebabkan krisis dalam pelbagai sektor kehidupan, meningkatkan kadar kemiskinan dan masalah pengangguran.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts