Gaza catat 69 kes baharu Covid-19

GAZA, 31 Ogos 2020 — Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza pagi tadi mengumumkan sebanyak 69 kes baharu jangkitan Covid-19 dikesan di wilayah terkepung itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kes sejak bulan Mac meningkat kepada 365 di mana 280 daripadanya masih aktif, iaitu 243 kes tempatan dan 37 kes import di kalangan mereka yang baru pulang dari luar. Sehingga kini empat kematian telah dicatatkan.

Perintah berkurung dilanjutkan di seluruh wilayah Gaza bagi mengekang jangkitan. Menurut Kementerian Dalam Negeri, sekitar 19,000 anggota polis dan pegawai keselamatan dikerahkan ke menguat-kuasa perintah tersebut.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts