GAZA, 26 Jan 2016 (PIC) — Hujan lebat yang melanda wilayah Gaza sejak beberapa hari kebelakangan ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air, sekaligus merosakkan tanaman pertanian mereka.
Pihak perkidmatan awam di Gaza bekerja keras menjalankan 35 operasi bantuan sejak hari Sabtu hingga Isnin lalu untuk mengalirkan keluar air banjir, memindahkan penduduk, memadam kebakaran dan menyelemat kenderaan yang terperangkap di dalam air. Antaranya, tiga penduduk dipindahkan ke sebuah hospital setelah sesak nafas dalam kebakaran di bandar Gaza dan Khan Younis, manakala seorang kanak-kanak perempuan berjaya diselamatkan setelah terjatuh ke dalam sebuah telaga usang di Khan Younis.
Wilayah Gaza kini sudahpun dilanda musibah dengan tibanya musim sejuk dalam keadaan yang masih belum pulih dari kehancuran dalam serangan tentera Zionis pada tahun 2014. Penduduk Gaza masih disekat sepenuhnya oleh rejim pengganas Zionis dan kerajaan Mesir sejak tahun 2006.