Gaza diserang jet dan kereta kebal Zionis

GAZA, 5 Okt 2016 (Maan) — Jet perang tentera Zionis melancarkan serangan ke beberapa kawasan di bandar Khan Younis, Beit Lahiya dan Kota Gaza petang tadi.

Serangan pada jam 3:00 petang menyasarkan kawasan latihan al-Qadisiya di Khan Younis serta bangunan al-Wahah yang menempatkan ibu pejabat polis laut Gaza di barat laut Beit Lahiya. Sebidang tanah pertanian dan sebuah stesen minyak di utara Gaza serta kawasan lapang berdekatan Jabal al-Rayis di timur Kota Gaza turut menjadi sasaran.

Terdahulu, bandar Beit Hanoun di utara Gaza diserang dengan tembakan artileri kereta kebal.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Pagi tadi, pihak Zionis mendakwa sebutir roket jatuh di sebatang jalan di kota Sderot, di mana dua orang pendatang Yahudi dirawat kerana terkejut dengan “serangan” dari Gaza itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts