Gaza mendapat bekalan elektrik hanya 4 jam sehari

GAZA, 25 Apr 2017 (PIC) — Penduduk Gaza mendapat bekalan elektrik hanya empat jam sehari apabila saliran tenaga dari Mesir mengalami kerosakan yang berulang.

Krisis bekalan elektrik di Gaza semakin parah setelah satu-satunya stesen janakuasa di wilayah terkepung itu tidak dapat beroperasi kerana kehabisan minyak sejak 19 April lalu.

Sebelumnya, stesen tersebut bergantung kepada bekalan minyak yang dibeli dari negara haram Zionis menggunakan dana sumbangan Qatar dan Turki. Pihak berkuasa di Gaza menegaskan mereka tidak akan membeli minyak sehinggalah pentadbiran Otoriti Palestin (PA) di Ramallah mengecualikan cukai sepenuhnya ke atas pembelian bekalan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts