Gaza Rai Kemenangan

GAZA, 26 Ogos 2014 (Ma’an) — Sejurus selepas bermulanya detik gencatan senjata di Gaza pada jam 12:00 malam tadi (jam 7:00 petang waktu Gaza) penduduk Gaza merayakan kemenangan di atas persetujuan rejim Zionis terhadap tuntutan mereka.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Hospital al-Shifa, jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri sebagai menjamin kesungguhan Hamas dalam perjanjian ini berkata bahawa “pendatang Yahudi yang tinggal berdekatan sempadan Gaza kini boleh pulang ke rumah mereka setelah perjanjian gencatan senjata ini bermula.”

Abu Zuhri mengumumkan kemenangan dan mengucap tahniah kepada rakyat Palestin di atas kemenangan yang dicapai oleh perjuangan muqawwamah Palestin. “Hamas tidak akan mengabaikan rakyat Palestin setelah peperangan ini berakhir,” kata beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts