Gaza – Pada hari ke-11 aksi jenayah penaklukan mereka ke atas bumi Palestin, tentera Israel berhadapan dengan pertempuran sengit di Gaza. Manakala HAMAS menembak roket makin jauh ke dalam wilayah Israel.
AFP melaporkan, jumlah rakyat Palestin yang menjadi korban serangan Israel sudah lebih dari 660 orang dan 2950 lagi cedera. PBB menuntut siasatan ke atas sekolah UNRWA (badan PBB untuk bantuan Palestin) yang dihancurkan kereta kebal dan pesawat Israel. Dikatakan seramai 43 orang sedang berlindung di sekolah tersebut. PBB menyatakan sekurang-kurangnya nya 30 terkorban dan 55 tercedera.
Sebelumnya, dua warga Palestin terbunuh ketika sebuah bom menghentam sekolah di Khan Yunis, Gaza selatan. Tiga lainnya terbunuh dalam serangan udara ke sekolah Shati di pusat perlindungan di Gaza.
Koordinator Kemanusiaan PBB untuk wilayah Palestin, Maxwell Gaylard mengatakan Israel telah memiliki koordinat GPS (global positioning system) atas semua bangunan PBB di Gaza – termasuk sekolah-sekolah.
“Rumah mahupun tempat perlindungan milik PBB sudah tidak aman bagi rakyat awam,” katanya lalu menyerukan diadakan penyiasatan dan kajian atas apa yang berlaku. “Jika hukum kemanusiaan antarabangsa sudah dilanggar, pelakunya harus diminta bertanggungjawab, ” katanya.
Pertempuran sengit terjadi di Kota Gaza dan sekitarnya iaitu di Deir al-Balah serta Bureij. Satu serangan udara Israel membunuh 12 orang dari suatu keluarga besar, tujuh di antaranya masih anak-anak.
Berikut adalah senarai sebahagian dari rangkaian keganasan Zionis laknatuLlah ke atas bumi Palestin sehingga hari ke-10:
Al Shati’
Tentera udara orang Israel membedil lebih banyak rumah di kem pelarian ini. Sumber-sumber perubatan berkata seramai 35 penduduk Palestin cedera. Seorang terbunuh dan 5 cedera dalam serangan udara di kawasan letak kereta awam di sini.
Al Zaytoun
Askar Israel mara semakin hampir dengan Al Zaytoun, sebuah kawasan yang berpenduduk padat di tenggara Gaza. Banyak rumah terbakar dan dimusnahkan dalam siri pengeboman. Dua orang awam yang cedera kerana serangan udara disasarkan ke atas sebuah rumah di sini.
Kereta kebal Israel melancarkan bedilan dari tapak pelancar dengan mensasarkan bangunan-bangunan di bandar Al Zahra. Banyak bangunan dirosakkan dan sebahagiannya terbakar. Rumah keluarga Khail dimusnahkan dalam serangan artileri. Ramai penduduk cedera kerana menerima serangan bom yang berterusan.
Al Nusairat
Tiga warga Palestin terbunuh, 9 cedera dalam serangan udara Israel. Sebuah rumah pemimpin utama Barisan Popular, Jameel Mizhar, dimusnahkan sebahagiannya. Sekumpulan orang awam dibom menyebabkan ramai yang cedera dan luka. Dua cedera kerana sebiji roket meletup di rumah Othman Ghaleb. Rumah Sayed Baroud dibedil. Banyak rumah jirannya juga rosak terkena serpihan bedilan berkenaan. Tentera laut Israel mula menyerbu kem pelarian ini dan ramai yang cedera dalam serbuan berkenaan.
Rafah
Serangan udara berdekatan Masjid Al Huda di Yibna. Sebiji roket telah memusnahkan rumah Ibrahim Abu Al Naja. Sebuah terowong di selatan Rafah dibom. Seorang wanita terbunuh tiga hari lalu dan masih tidak boleh dibawa keluar kerana askar-askar Israel melepaskan tembakan berterusan ke arah bandar Bait Lahia. Wanita yang terbunuh daripada keluarga Abu Samaha. Askar-askar Israel menyerbu rumah Abu Khosa dan mencederakan penghuni rumah dengan tembakan rambang.
Jabalia
Api menyala-nyala di kilang simen berdekatan Zimo Crossings, timur Jabalia. Kebakaran kerana serangan artileri askar Israel. Mereka juga menawan sebuah sekolah yang dijadikan tempat perlindungan dan terdapat orang awam yang turut berlindung di situ. Askar Israel memusnahkan sebuah rumah berdekatan Masjid Al Salam. Seorang penduduk mengalami pendarahan yang teruk dan pasukan paramedik belum dapat menghampirinya. Tidak diketahui sama ada dia masih hidup atau mati. Begitu juga Abd Al Hilis, masih mengalami kecederaan di Jabalia dan tidak dapat dibantu kerana serangan askar Israel.
Hospital
Doktor di Hospital Al Shifa memaklumkan terdapat banyak mayat yang terbakar diterima dan sebahagian daripadanya telah berkecai. Dalam tempoh 48 jam, seramai 90 orang awam dan kanak-kanak dibunuh setelah operasi ketenteraan dilaksanakan.
Beberapa biji roket memusnahkan ladang dan kawasan penempatan di Khan Yonis. Pihak Hospital Nasir menerima beberapa kes trauma yang dirujuk kepada mereka. Dua buah rumah dibedil di penempatan Al Amal. Satu daripadanya kepunyaan Yasir Hamadan dan satu lagi milik Nedal Kollab.
Simpanan bahan api telah habis di Hospital Al Awda, utara Semenanjung Gaza. Petugas hospital memaklumkan bahawa hospital berkenaan sering menjadi sasaran peluru askar Israel.
Utara Gaza
Empat keluarga terperangkap di Jabal El Kashif, utara Semenanjung Gaza yang biasanya sibuk. Tiga orang daripada keluarga Abd Al Dayim terbunuh kerana serangan askar Israel ke atas bandar Bait Hanon.
Timur Gaza
50 orang cedera apabila askar Israel berterusan melepaskan bedilan dari kereta kebal di timur Semenanjung Gaza iaitu kawasan Jabal Al Rayis. Bedilan berkenaan disasarkan ke atas keluarga Mahalh namun kebanyakan yang cedera adalah kanak-kanak. Seorang kanak-kanak berumur lima tahun dan datuknya daripada keluarga Al Helu terbunuh manakala sebahagian ahli keluarga cedera dan ibunya berada dalam keadaan kritikal.
Tiga orang kanak-kanak termasuk ibu mereka berkecai apabila rumah dibom di Al Shija’ya, timur Gaza. Mereka berlindung di rumah berkenaan semasa serangan dilancarkan. Sebiji roket disasarkan ke rumah keluarga Al Harzaeen di kawasan Sika iaitu di antara penempatan Al Shij’ya dan Zaytoun.
Askar Israel menduduki sebahagian besar rumah penduduk awam di Juhr El Dik. Dua orang wanita Palestin daripada keluarga Hajaj dibunuh.
Pertempuran berdarah di antara pejuang Palestin dan askar Israel di timur Gaza. Helikopter Apache dan artileri memberi bantuan kepada askar Israel. Jumlah kematian belum dapat dipastikan. Tentera udara Israel mensasarkan lebih banyak rumah di Semenanjung Gaza.
Barat Gaza
Tentera udara Israel mensasarkan Kolej Al Uma di kawasan Al Nasir, barat laut Semenanjung Gaza.
Tempat-tempat lain:
- Dua orang rakyat Palestin terbunuh di Bait Hanon, pasukan paramedik masih belum dapat sampai ke kawasan berkenaan sehingga kini.
- Penunggang motosikal terbunuh kerana dibedil dengan roket semasa melalui sebuah jalan raya di Gaza.
- Serangan udara Israel dari helikopter Apache disasarkan ke atas rumah tiga tingkat kepunyaan keluarga Al Ghandour di Al Daraj. Keadaan itu menimbulkan suasana panik dan takut di kalangan penduduk. Dalam serangan udara ke atas bengkel di kawasan itu, dilaporkan ramai yang cedera.
- Serangan udara ke atas Masjid Omar bin Abd Al Ziz dan ramai yang cedera.
- Sebuah roket memusnahkan ‘Sinaran Masyarakat’ iaitu badan kebajikan yang memberi sokongan kepada anak yatim dan orang miskin. Pertubuhan itu termasuk unit terapi fizikal bagi orang termiskin adalah sebahagian daripada gerakan Al Jihad Islamist.
- Tiga penduduk Palestin mati kerana kecederaan di Mesir. Mereka sebelum itu telah cedera dan dirujuk ke sana.
- Pembunuhan beramai-ramai: Keluarga Samuni berkata askar Israel mengumpul 30 orang daripada keluarga Al Samoni dalam sebuah rumah. Sepuluh orang daripadanya adalah ahli keluarga yang rapat. Ramai orang awam yang telah terbunuh akibat serangan artileri. Bilangan mangsa sekitar 14 orang, kebanyakannya adalah kanak-kanak dan wanita. Beberapa orang masih berada dalam keadaan kritikal.
- Serangan udara disasarkan ke atas sebuah kedai penggurup wang di penempatan Remal, tengah Gaza. Kedai-kedai berhampiran juga dibedil mengakibatkan beberapa orang cedera.
- Seorang wanita terbunuh di dalam rumahnya sendiri di Al Moghraqa, tengah Gaza. Tiga orang awam cedera apabila askar Israel mula menduduki kawasan itu semalam.
- Tiga orang pejuang Palestin terbunuh di Gaza kerana serangan roket Israel.