Gaza terus diserang tentera Zionis

GAZA, 25 Ogos 2020 — Jet perang dan kereta kebal tentera Zionis terus menyerang beberapa lokasi di kawasan Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza.

Dua serangan jet menyasarkan sebuah kawasan pertanian di timur kota Rafah. Manakala serangan kereta kebal menembak dua pos pemantau mujahidin di timur kota Khan Younis.

Tiada kecederaan dilaporkan, namun bangunan-bangunan di kawasan terbabit mengalami kerosakan.

Tentera Zionis menyerang Gaza setiap hari sejak 10 Ogos lalu, walaupun penduduk di wilayah terkepung itu berhadapan dengan pandemik Covid-19 dan krisis bekalan elektrik.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts