Gencatan senjata di Gaza selepas pertempuran paling sengit sejak 2014

GAZA, 30 Mei 2018 — Hamas dan rejim Zionis bersetuju dengan langkah gencatan senjata bermula jam 4:00 pagi tadi, selepas pertempuran paling sengit sejak 2014 semalam.

Tentera Zionis menyasarkan serangan udara ke lebih 65 lokasi termasuk pos pejuang Hamas dan Jihad Islami di Gaza, sementara lebih 28 roket dilancarkan dari Gaza ke selatan wilayah Palestin 1948 yang diduduki oleh rejim penjajah itu dalam tempoh 24 jam.

Sekurang-kurangnya empat pejuang Palestin terkorban dalam konflik singkat itu.

Ahli biro politik Hamas, Khalil al-Hayya, dalam kenyataannya hari ini menyebut bahawa Hamas akan menghormati persefahaman yang ditaja oleh Mesir itu, selagi mana rejim Zionis mematuhinya.

Perang Perang ‘Ashful Ma’kul (Operation Protective Edge) pada tahun 2014 telah berlarutan selama 55 hari, mengorbankan lebih 2,100 penduduk Gaza.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts