Geng pendatang Yahudi rancang serang penduduk Palestin, suasana tegang di Ara dan Araara

NAZARETH, 19 Sep 2016 (PIC) — Keadaan di kawasan perkampungan di Ara dan Araara dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah menjadi tegang apabila geng pendatang Yahudi mengumumkan rancangan mereka untuk menyerang penduduk Palestin hari ini.

Serangan tersebut adalah sebagai membalas serangan pemuda Palestin Nashat Melhem di Tel Aviv pada 1 Januari lalu. Nashat berasal dari Araara.

Kenyataan Jawatankuasa Tindakan Susulan bagi Penduduk Arab di Wilayah Palestin 1948 Terjajah mengecam Mahkamah Tinggi dan polis Zionis kerana meluluskan rancangan serangan tersebut, dan menyeru supaya diadakan bantahan secara besar-besaran.

Penduduk juga diarah supaya berkawal bagi menghadapi serangan geng pelampau Yahudi itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts