Genjatan Senjata : Israel-Hizbullah capai kata sepakat

Israel dan Hizbullah berjaya mencapai kata sepakat untuk mengakhiri peperangan yang berlanjutan sejak 8 Oktober 2023 pada hari ini, jam 4 pagi waktu Lubnan (10 pagi waktu Malaysia). 

Perancis dan Amerika Syarikat (AS) sebagai pihak pengantara bagi usaha gencatan senjata diantara Hizbullah dan Israel.

Antara isi penting perjanjian tersebut ialah :

1) Hizbullah dan semua kumpulan bersenjata di Lubnan tidak dibenarkan melaksanakan sebarang serangan ke atas Israel.

2) IDF takkan melancarkan apa apa operasi ketenteraan di laut, darat dan udara ke atas Lubnan

3) Israel dan Lubnan mengakui kepentingan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan PBB

4) Komitmen ini tidak mengecualikan hak Israel dan Lubnan untuk mempertahankan diri

5) Tentera dan anggota Pasukan Keselamatan Lubnan adalah satu satunya entiti yang dibenarkan membawa senjata atau beroperasi di Selatan Lubnan

6) Segala penjualan, pembekalan dan pengeluaran senjata serta barangan berkaitan senjata tertakluk kepada pemantauan dan kawalan dari Kerajaan Lubnan

7) Segala fasiliti pengeluaran senjata yang haram akan dihapuskan

8) Segala infrastruktur ketenteraan haram selain Tentera Lubnan dan tapak akan dimusnahkan. Senjata akan dirampas.

9) Jawatankuasa bersama Israel Lubnan akan ditubuhkan bagi memantau dan melaksanakan komitmen berkenaan

10) Israel dan Lubnan akan memberitahu jawatankuasa itu dan UNIFIL berkenaan apa apa pelanggaran dalam Komitmen itu

11) Lubnan akan menghantar Pasukan Keselamatan dan Angkatan Tentera ke sepanjang Sempadan Israel Lubnan. Pusat kawalan dan pos pemeriksaan sempadan selain zon di Selatan Lubnan

12) Tentera Israel akan berundur secara perlahan lahan dari Garisan Biru dalam masa 60 hari

13) US akan membantu memantau sebarang rundingan tidak langsung antara Israel dan Lubnan supaya dapat membentuk satu sempadan yang dipersetujui dua pihak

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts