Gereja al-Qiyamah dibuka semula selepas Zionis tangguh cukai

BAITULMAQDIS, 27 Feb 2018 — Pemimpin-pemimpin gereja di Baitulmaqdis membuka semula Gereja al-Qiyamah (Holy Sepulcher) pada jam 4:00 pagi tadi selepas rejim Zionis menangguhkan cadangan mengenakan cukai ke atas harta-harta gereja di kota suci itu.

Gereja al-Qiyamah, tapak paling suci bagi agama Kristian, ditutup sejak Ahad lalu bagi membantah cadangan tersebut.

Pihak perbandaran Zionis di Baitulmaqdis Barat merancang untuk memaksa gereja-gereja Kristian di kota suci itu membayar cukai ke atas harta mereka, yang dilihat sebagai pencabulan ke atas hak agama dan percubaan menukar status quo tapak-tapak agama.

(WAFA, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts