Gerombolan baharu pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 8 Dis 2016 (PIC) — Pasukan besar polis dan keselamatan khas Zionis dikerahkan ke perkarangan Masjid al-Aqsa bagi mengawal gerombolan baharu pendatang Yahudi yang menceroboh masuk melalui pintu al-Magharebah pagi tadi.

Sebahagian daripada penceroboh membuat hasutan dengan cuba melakukan ritual Talmud, menyebabkan para jemaah menghalang mereka dengan laungan takbir Allahu Akbar.

Sementara itu polis Zionis terus menghalang sebilangan Muslimat al-Quds daripada memasuki masjid, atas alasan mereka terlibat dalam aktiviti membantah kehadiran pendatang Yahudi di tapak suci itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts