Gerombolan pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 4 Okt 2016 (PIC) — Segerombolan 73 orang pendatang Yahudi yang diiringi oleh pasukan keselamatan Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa pada hari kedua tahun baharu Yahudi pagi tadi.

Dengan kebanyakan mereka memakai pakaian keagamaan ultra-Ortodoks, para pendatang tersebut diberi syarahan oleh rabbi mereka tentang apa yang didakwa sebagai kuil Yahudi yang pernah terbina di situ. Sebahagian yang lain cuba melakukan ritual, namun dihalang oleh para pengawal masjid.

Dalam pada itu polis Zionis mengenakan sekatan ke atas para jemaah yang ingin memasuki masjid, di mana mereka merampas kad pengenalan beberapa pemuda sebelum dibenarkan masuk.

Sekumpulan pegawai perisik Zionis turut menceroboh masuk di waktu padi, ketika pasukan polis menyerang masuk dan menggeledah beberapa dewan solat di masjid suci itu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts