AL-QUDS, 29 Ogos 2016 (PIC) — Kumpulan radikal Yahudi memperhebat usaha Yahudisasi ke atas gua semulajadi bersejarah al-Kattan, yang juga digelar Gua Sulaiman, yang terletak di Pintu al-Amudi dengan menganjurkan konsert muzik dengan harga tiket murah, lengkap dengan kemudahan pengangkutan.
Pelbagai kempen telah dilancarkan bagi menarik kehadiran pendatang Yahudi, yang akan diadakan pada 8 dan 9 September.
Rejim Zionis menggunakan berbagai cara untuk meningkatkan proses Yahudisasi di situ. Baru-baru ini sebuah parti ultra-Ortodoks mengadakan pesta di situ. Sambutan Pesta Cahaya juga diadakan di situ pada setiap tahun.