[Foto] Haiwan Korban Di Gaza Dan Syria Kini Bersedia!

BANDAR BARU BANGI, 3 Okt 2013 (BHP) — Umat Islam kini bersedia untuk menyambut Hari Raya Aidiladha, sekaligus meraikan kejayaan kaum keluarga serta saudara seagama mengerjakan ibadah haji di Makkah.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan mengerjakan haji, mereka mengambil peluang ini untuk mengeratkan lagi persaudaraan dengan aktiviti berziarah dan juga melaksanakan ibadat korban. Korban ialah amalan mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya, atau hari tasyrik, dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin.

Sepertimana tahun-tahun lalu, HALUAN sekali lagi menganjurkan program Misi Kemanusiaan Dan Korban di beberapa negara terpilih termasuk di Gaza dan Syria. Betapa program ini membawa makna yang besar kepada saudara kita di wilayah berkenaan, di mana mereka dapat merasakan kehangatan persaudaraan dari masyarakat Malaysia dan juga merayakan hari kebesaran Islam dalam keadaan mereka dizalimi dan hidup tanpa jaminan bekalan makanan.

Kini haiwan korban anda sudah bersedia menanti ketibaan waktunya! Kami mengucapkan tahniah di atas penyertaan anda menunaikan ibadah korban di Gaza dan Syria. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga srta di balas dengan rahmat serta keampunan Allah SWT. HALUAN melalui para relawan Al-Sarraa Foundation for Humanitarian Relief kini bersiap sedia untuk melaksanakan amanah anda.

Daripada ‘Aisyah, bahawa Nabi S.A.W. bersabda: Tiada suatu amalan anak Adam pada hari Nahar yang lebih disukai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (korban). Pada Hari Kiamat dia akan datang dengan segala tanduk, kuku dan bulunya. Darahnya akan menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum dia menitik ke bumi. Oleh itu, eloklah diri kamu dengan melakukannya.

Firman Allah SWT yang ertinya : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayahNya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-Hajj : 37)

korban-gaza-01 korban-gaza-02 korban-gaza-03 korban-gaza-04 korban-gaza-05 korban-gaza-06 korban-gaza-07korban-lazakia-01korban-lazakia-02korban-lazakia-03korban-lazakia-04korban-lazakia-05

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts