HAMAS dan FATAH sepakat menolak syarat Netanyahu

Gaza – HAMAS dan Fatah sepakat menolak syarat yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bagi terbentuknya negara Palestin. HAMAS dengan tegas menyatakan, syarat yang diajukan Netanyahu menunjukkan bahawa ideologi “seorang ekstrimis dan rasis.”

Juru Bicara HAMAS, Fawzi Barhoum menilai pidato Netanyahu semalam merupakan “tamparan ke muka” para pendukung perundingan antara Palestin dan Israel.

Kandungan ucapan Netanyahu, kata Barhoum, membuktikan bahawa pemerintah Israel bertujuan untuk menjadikan rakyat Palestin sebagai alat guna melindungi penjajahannya di wilayah Palestin dan menunjukkan bahawa Israel menidakkan hak dasar pelarian Palestin untuk kembali ke tanah airnya.

netanyahu2

Pimpinan Senior HAMAS di Gaza, Ismail Ridwan menambahkan, Netanyahu ingin menghapus hak para pelarian Palestin dan tidak mahu mengakui Jerusalem sebagai ibukota Palestin yang merdeka.

“Yang harus dilakukan sekarang, hentikan semua hubungan dengan Israel,” seru Ridwan, kerana Israel sama sekali tidak menunjukkan niat baik untuk berdamai.

Sementara itu, juru bicara pemerintahan Berkuasa Palestin (FATAH), Nabil Abu Rduinah menyatakan bahawa Presiden Palestin Mahmoud Abbas menolak semua persyaratan Netanyahu yang disampaikan dalam pidatonya semalam. “Kenyataan-kenyataan Netanyahu berkenaan permasalahan Palestin adalah bentuk sabotaj atas emua inisiatif perdamaian dan merencatkan semua usaha yang selama ini dilakukan,” kata Rdainah.

Ia menilai sikap Netanyahu sebagai sikap yang menentang rakyat Palestin, negara-negara Arab dan sekutunya sendiri, Amerika Syarikat.

Saeb Erekat, juru runding Palestin menyerukan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk melakukan tindakbalas dan memaksa Israel agar mematuhi semua kesepakatan yang dicapai sebelumnya, termasuk kesepakatan bahawa Israel akan menghentikan pembangunan pemukiman haramnya di Tebing Barat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts