BETHLEHEM, 7 Julai 2014 (Ma’an) — Hamas mendesak pembebasan semua tahanan Palestin yang ditangkap semula setelah dibebaskan dalam pertukaran Shalit jika rejim Zionis inginkan gencatan senjata.
Agensi berita Yahudi, Walla, melaporkan sekiranya rejim Zionis ingin mengadakan gencatan senjata, mereka harus membebaskan semua tahanan terbabit dan kembali menerima perjanjian gencatan yang ditaja oleh Mesir pada tahun 2012.