Hamas, Jihad Islami enggan tandatangani ketetapan akhir mesyuarat di Rusia

MOSKOW, 12 Feb 2019 — Hamas dan Jihad Islami hari ini enggan menandatangani ketetapan akhir hasil mesyuarat di Moskow, kerana ketetapan itu berkeras menyatakan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai satu-satunya wakil Palestin yang sah.

Kenyataan tersebut turut menegaskan pembentukan negara Palestin berdasarkan kepada sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Delegasi Palestin termasuk Mousa Abu Marzouk yang mewakili Hamas, dan beberapa kumpulan Palestin yang lain tiba di Moskow Ahad lalu bagi mencari jalan memulih perselisihan dan berhadapan dengan cabaran baharu.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts