Hamas: Kaum Arab dan Muslimin akan jatuh bila al-Aqsa jatuh

NABLUS, 19 Julai 2017 (PIC) — Pemimpin gerakan Hamas, Syakir Imarah, menegaskan tentang bahaya apa yang sedang berlaku di kota al-Quds dan Masjid al-Aqsa, serta rancangan penjajah Zionis untuk membahagi tapak suci umat Islam itu mengikut waktu dan kawasan tertentu.

Syakir menyebut bahawa kejatuhan al-Aqsa bermakna kejatuhan bagi dunia Arab dan kaum Muslimin, serta bermulanya era baharu penghinaan dan penindasan. “Keputusan menutup Masjid al-Aqsa, larangan azan dan solat serta khutbah Jumaat setelah setengah abad, adalah permulaan pelaksanaan rancangan membahagi Masjid al-Aqsa di antara Yahudi dan umat Islam,” kata beliau. “Sebagaimana yang terjadi selepas serangan di Masjid Ibrahimi di al-Khalil, untuk membahagi masjid tersebut; sebahagian terbesar untuk kaum Yahudi dan sebahagian kecil lagi untuk Muslimin.”

Tambah beliau lagi, rejim Zionis juga mengambil manfaat daripada perselisihan bangsa Arab dan sikap berdiam diri pemerintah atas penutupan Masjid Ibrahimi di masa lalu, dan kini atas penutupan Masjid al-Aqsa, setelah melakukan pebunuhan dan meningkatkan kekacauan. “Tindakan penjajah Zionis di al-Quds dan al-Aqsa berhadapan dengan sikap pihak Arab dan Islam yang tidak peduli dan berpaling dari rakyat Palestin.”

Oleh itu, tegas Syakir lagi, Palestin perlu kepada kesatuan barisan dan menghentikan perpecahan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts