Delegasi Ahli Parlimen Hamas Mengadakan Perbincangan Dengan Yang Di Pertua Dewan Rakyat Malaysia

Lawatan Hamas ke Parlimen Malaysia
Lawatan Ahli Parlimen Hamas ke Parlimen Malaysia

10 Dis, Kuala Lumpur -Ahli Parlimen Hamas, Mushir Al-Masri telah menyatakan bahawa suatu kesepakatan dicapai selama pertemuan dengan Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin bin Haji Mulia,  Yang Dipertua Dewan Rakyat mengenai pembentukan jawatankuasa persahabatan parlimen antara kedua negara.

Satu kenyataan oleh Hamas pada hari Rabu (9 Dis) mengatakan bahawa Masri meminta Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia selama pertemuan mereka di Kuala Lumpur agar mendesak usaha pemencilan politik Palestin yang dikenakan ke atas Ketua Deran Rakyat Palestin, Dr. Aziz Dweik dan ahli parlimen yang lain di Tebing Barat dan menuntut pembebasan sebahagian ahli penggubal undang-undang yang kini berada dalam penjara penjajahan Israel.

Sebuah delegasi daripada blok parlimen Hamas saat ini dalam usaha melakukan siri lawatan rasmi yang bermula dengan Malaysia. Delegasi Hamas yang hadir termasuklah Masri, Dr Salem Salame dan Ismail Al-Ashqar, Timbalan ketua blok.

Asqar menjelaskan perkembangan terkini Palestin dan kesannya akibat dari pengepungan Israel yang berterusan di Genting Gaza selama tiga tahun ke atas rakyat Palestin termasuk kematian ratusan pesakit, kekurangan ubat-ubatan dan terhalangnya kehidupan normal.

Beliau juga berbicara tentang penahanan Israel terhadap ahli parlimen Palestin yang melanggar norma-norma antarabangsa dan undang-undang. PIC

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts