Hamas tolak kenyataan tentang hak Yahudi ke atas Tembok Barat

GAZA, 4 Jun 2017 (PIC) — Pergerakan Hamas menolak keras kenyataan pemimpin kanan Fatah, Jibril Rajoub, yang mendakwa bahawa kaum Yahudi mempunyai hak ke atas Tembok Barat di Masjid al-Aqsa, menyifatkan sikap tersebut sebagai satu jenayaah kebangsaan dan penghinaan ke atas bangsa dan tapak-tapak suci Palestin.

Kenyataan Jibril dianggap sebagai kenyataan jelas kepada rejim Zionis bahawa Pihak Berkuasa Palestin (PA) bersedia untuk menggadai nilai kesucian, kebangsaan dan sejarah hanya demi kepentingan-kepentingan yang tidak bermakna. Ia juga dilihat sebagai langkah pemimpin-pemimpin Fatah yang cuba bersikap sebagai pejuangan keamanan di mata masyarakat Yahudi, dengan menjual kepentingan kebangsaan dan tanah air.

Dalam kenyataan yang disiarkan melalui TV Zionis, Channel 2, Rajoub berkata bahawa sebarang perjanjian damai di masa hadapan akan mendesak supaya penduduk Palestin diberi kuasa penuh ke atas Masjid al-Aqsa dan sebagai imbalan, Tembok Barat boleh berada di bawah bidang kuasa rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts