Hamdallah: Zionis akan pisahkan Tebing Barat menjadi dua

BEIT LAHM, 15 Ogos 2016 (IMEMC) — Perdana Menteri Palestin Rami Hamdallah semalam mengecam rancangan Zionis untuk merampas tanah Palestin di Beit Lahm bagi membina sebuah penempatan baharu Yahudi.

Menurut beliau, rancangan membina penempatan haram baharu serta laluan khusus untuk pendatang Yahudi bersebelahan kota Beit Lahm itu merupakan satu langkah untuk memisahkan Tebing Barat menjadi dua wilayah, serta merampas semua tanah Palestin yang terletak dalam Kawasan C.

Lebih 60% kawasan Tebing Barat diwartakan sebagai Kawasan C, yang dikawal sepenuhnya oleh tentera Zionis.

Rejim Zionis merancang untuk merampas tanah Palestin bersebelahan kawasan penempatan haram Efrat bagi membina lebuhraya khusus untuk pendatang Yahudi, bagi menghubungkan Efrat ke sebuah penempatan baharu “Givat Eitnam” yang akan di bina di timur Tembok Pemisah.

Givat Eitnam bakal melengkapkan kepungan pendatang Yahudi ke atas kota Beit Lahm, sekaligus menyekat sebarang pembangunan ke atas kota Palestin itu.

Pembinaan lebuhraya tersebut akan memisahkan sama sekali Beit Lahm dari wilayah selatan Tebing Barat.

Sistem penempatan haram Yahudi mengawal 42% tanah di Tebing Barat melalui kuasa “majlis daerah,” yang mengawal tanah di kawasan simpan, tanah pertanian serta kemudahan industri dan kemudahan lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts