Hampir 15,000 penduduk Palestin ditangkap sejak Intifadah al-Quds tercetus

RAMALLAH, 30 Okt 2017 — Seramai 14,789 penduduk Palestin ditangkap oleh rejim Zionis sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan November 2015.

Sebanyak 60% tangkapan pada bulan lalu berlaku di wilayah Tebing Barat, manakala 33.5% lagi dari kota al-Quds. Ratusan yang lain ditangkap dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah, termasuk mereka yang berasal dari Gaza.

Menurut Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, tangkapan dibuat pada setiap hari hanya dengan memberi alasan keselamatan.

Hampir 6,000 tahanan Palestin dikurung dalam penjara di seluruh wilayah Palestin yang terjajah, di mana 13 daripada mereka adalah kanak-kanak perempuan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts