Hampir 70 pendatang Yahudi sambut perayaan Shemini Atzeret di al-Aqsa

AL-QUDS, 24 Okt 2016 (Maan) — Pasukan keselamatan khas Zionis mengiringi sejumlah 67 orang pendatang Yahudi dalam dua kumpulan berbeza menceroboh masuk dan berarak di perkarangan Masjid al-Aqsa bersempena sambutan perayaan Shemini Atzeret.

Mereka menceroboh masuk melalui Pintu al-Magharebah dan melakukan ritual keagamaan di pintu-pintu masuk masjid.

Sementara itu, kumpulan pelampau Yahudi juga mengadakan perarakan di Jalan al-Wad di Kota Lama al-Quds. Pasukan besar tentera Zionis dikerahkan ke kawasan tersebut bagi mengekang pergerakan penduduk dan peniaga Palestin.

Shemini Atzeret menandakan hari selepas tamatnya perayaan Sukkot.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts