Hampir Semua Produk Tamat Tempoh Adalah Keluaran Penempatan Yahudi

boikotRAMALLAH, 14 Sept 2014 (WAFA) — Kementerian Ekonomi Kebangsaan Palestin mendapati 98% daripada produk tamat tempoh yang dikesan dalam pasaran Palestin adalah hasil keluaran dari kawasan penempatan Yahudi.

Laporan yang dikeluarkan oleh Consumer Protection Directorate (CPD) juga menyebut bahawa produk keluaran kilang dan peniaga Palestin kini lebih memenuhi peraturan dan tuntutan kepenggunaan kerana permintaan yang semakin bersaing tinggi.

Produk keluaran Palestin semakin mendapat permintaan berikutan kempen memboikot produk Zionis semenjak bermulanya serangan ke atas Gaza pada bulan Julai lalu.

Kes pemalsuan produk dan penipuan informasi turut dikesan di kalangan peniaga Yahudi, antaranya dengan melabel semula produk yang diseludup dari kawasan penempatan Yahudi dan kemudian mempromosi produk tersebut sebagai produk asal “buatan Israel.” Peniaga Yahudi juga menipu maklumat tentang tempat pengeluaran produk mereka kerana cuba memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Palestin.

CPD membuat pemeriksaan diĀ 2,345 buah kedai di Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts