Hanadi al-Halawani sekali lagi diharamkan masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 28 Ogos 2018 — Polis Zionis hari ini mengharamkan aktivis al-Aqsa, Hanadi al-Halawani, memasuki tapak masjid suci itu untuk tempoh semalam enam bulan.

Hanadi, yang juga guru di sebuah sekolah di perkarangan Masjid al-Aqsa, menerima arahan yang ditandatangani oleh komander tentera Zionis di Baitulmaqdis ketika beliau hadir ke pusat tahanan Qishleh di Baitulmaqdis Barat. Beliau diarah hadir ke situ untuk diinterogasi.

Ahad lalu seorang lagi guru, Khadija Khweis, dikenakan hukuman yang sama. Sementara anak perempuannya Shifaa diharamkan memasuki tapak suci itu selama 15 hari.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts