Hanadi diharamkan masuk Kota Lama Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 15 Mei 2018 — Badan perisikan Zionis, Shin Bet, mengharamkan aktivis dan penjaga (murabitat) Masjid al-Aqsa, Hanadi al-Halawani, daripada memasuki Kota Lama Baitulmaqdis selama tiga bulan.

Ahad lalu, Hanadi yang juga seorang guru di Masjid al-Aqsa telah menamatkan tempoh pengharaman memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan.

Sementara itu, ahli majlis pergerakan Fatah, Adnan Ghaith, dan dua orang aktivis Baitulmaqdis, Adel Abu Zunaid dan Fuaad al-Sharbati, di arah hadir ke pusat tahanan Zionis untuk diinterogasi. Adnan baharu dibebaskan selepas ditahan selama empat hari.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts