Haneyya seru Mesir buka lintasan Rafah secara kekal

GAZA, 5 Jun 2016 (PIC) — Timbalan ketua biro politik Hamas, Ismail Haneyya, hari ini menyeru pihak berkuasa Mesir supaya membuka pintu lintasan sempadan di Rafah secara kekal sepanjang masa.

“Kami sangat faham dengan kepentingan pihak Mesir untuk mengawal keselamatan dalam negara. Kami penduduk Gaza telah memberi yang terbaik dalam memastikan keselamatan di sepanjang sempadan,” kata beliau dalam majlis sambutan Festival al-Quds dan al-Aqsa.

Menurut beliau, Hamas tidak terlibat dalam sebarang aktiviti ketenteraan di Sinai atau tempat-tempat lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts