Haneyya: Zionis bakar Gaza, PA bakar kanak-kanak

GAZA, 8 Mei 2016 (PIC) — Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya, berkata bahawa dalam kerakusan tentera penjajah Zionis membakar bumi dan rumah-rumah di Gaza, Pihak Berkuasa Palestin (PA) pula dengan sewenangnya membakar anak-anak Gaza.

Dalam ucapan beliau di upacara pengkebumian tiga anak-anak keluarga al-Hindi yang terkorban dalam kebakaran akibat api lilin, Ismail menyebut bahawa para konspirator telah gagal dalam semua cubaan untuk memaksa Gaza tunduk kepada kehendak mereka setelah dikepung selama 10 tahun dan dimusnahkan dalam tiga serangan besar-besaran oleh rejim Zionis. “Tidak ada apa lagi yang dapat mereka lakukan kecuali dengan [menghalang] bekalan elektrik dan [menutup] pintu lintasan,” kata beliau.

Beliau memaklumkan bahawa Hamas akan menangggung semua kos yang diperlukan oleh keluarga al-Hindi untuk mendapatkan rawatan, tempat tinggal dan keperluan asas lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts