Haniyeh : Hamas Tidak Setuju Cadangan Keahlian PBB, Sokong Penubuhan Negara Berdaulat

GAZA CITY, 19 Sept – Ahad lalu, Hamas mengeluarkan kenyataan tidak menyokong cadangan keahlian dalam PBB dan memberi amaran tiada pemimpin Palestin berhak mengorbankan hak asasi rakyatnya.

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh berkata di Gaza, Hamas juga meneruskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap penubuhan negara Palestin di tanah bersejarah itu tetapi tidak akan melibatkan diri dengan cubaan mendapatkan keahlian PBB.

Beliau mengeluarkan kenyataan ini semasa pemergian Presiden Mahmoud Abbas ke New York untuk permohonan rasmi keahlian Palestin dalam PBB dengan garis persempadanan yang wujud sebelum Perang Enam Hari pada 1967.

Semasa bercakap dalam mesyuarat majlis kehakiman Palestin, Haniyeh memberi amaran bahawa hak rakyat Palestin mesti dilindungi dan dipertahankan.

“Tiada pemimpin Palestin yang diberikan mandat untuk mencabuli hak kebangsaan Palestin atau melakonkan sejarah konsesi tanah Palestin, terutamanya hak mereka untuk pulang ke kampung halaman,” katanya lagi.

“Dengan ini, kami ulangi pendirian kami (menolak cubaan mendapatkan keahlian dalam PBB) ini.”

“Namun pemimpin gerakan Islam yang memerintah Genting Gaza itu menegaskan bahawa Hamas tidak akan meletakkan sebarang halangan kepada usaha menubuhkan sebuah negara Palestin yang berdaulat.”

“Kami ulangi hari ini sokongan kami terhadap penubuhan negara Palestin di tanah yang dibebaskan mengikut persetujuan rakyat Palestin, tanpa mengiktiraf kewujudan Israel atau menyerahkan walau seinci tanah yang bersejarah ini. ”

Hamas memberi kenyataan yang jelas bahawa ia tidak akan terburu-buru menyokong gagasan Abbas sambil mengambil langkah berhati-hati dengan tidak membangkang rancangan itu secara terus.

Bercakap semasa mesyuarat itu, pegawai atasan Hamas Khalil al-Hayya mengatakan bahawa majlis kehakiman patut mengusulkan kepada PBB untuk mengiktiraf negara Palestin di seluruh tanah bersejarahnya. Ini termasuklah tanah yang dirampas dan diduduki Israel kini.

Dia menggesa majlis itu untuk “memohon pengiktirafan negara Palestin di kesemua wilayahnya dan mengesahkan hak rakyat palestin untuk tinggal di dalam negara mereka.”

“Kami memohon kepada PBB untuk mengabsahkan entiti yang mengisytiharkan dirinya sebuah negara di wilayah orang lain,” kata Hayya yang merujuk kepada Israel.

Beliau juga memanggil komuniti antarabangsa untuk “memberikan tekanan agar pelaksanaan resolusi antarabangsa terutamanya berkaitan menegakkan hak rakyat Palestin untuk hidup sempurna dilakukan secara sepatutnya.”

Abbas dijangka akan membentangkan permohonan rasminya kepada PBB untuk keahlian negara Palestin berdasarkan sempadan sebelum Perang Enam Hari meliputi Gaza, Tebing Barat dan timur Jerusalem.

Permohonan itu mendapat tentangan keras Israel dan Amerika Syarikat dan menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan komuniti antarabangsa. Eropah dan Washington masing-masing menjalankan diplomasi saat akhir sebelum undian Majlis Keselamatan berkenaan isu ini diadakan. (PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts