Hanya 20 orang dibenarkan hadiri pengkebumian Ibrahim Matar

AL-QUDS, 4 Mei 2017 (PIC) — Rejim Zionis menyerahkan jenazah syahid Ibrahim Matar setelah menutup semua laluan masuk ke tanah perkuburan al-Mujahideen di Bab al-Sahira, Kota Lama al-Quds, tengah malam malam tadi dan menghalang ratusan ahli keluarga dan rakan almarhum hadir ke masjlis pengkebumian beliau.

Tentera Zionis berjanji menyerahkan jenazah beliau antara jam 11:00 malam dan 1:00 pagi dengan syarat tidak lebih daripada 20 orang hadir di tanah perkuburan, dan keluarga almarhum perlu membayar sebanyak 20,000 shekel (RM 24,100) sebagai cagaran.

Ibrahim dibunuh pada 13 Mac lalu setelah ditangkap dan diperiksa di sebuah balai polis di Bab al-Asbat, Kota Lama al-Quds. Beliau ditembak ketika meninggalkan balai tersebut, atas tuduhan cuba menikam. Keluarga almarhum bagaimanpun menafi tuduhan tersebut, di mana almarhum sebenarnya meninggalkan balai menuju ke Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Subuh.

Rejim Zionis masih menahan enam jenazah penduduk Palestin.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts